ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya. Blog Surau Al-Mukhlisin berwajah baru dengan barisan Ahli Jawatankuasa baru. Walaupun begitu, tugasan dan matlamat tetap sama sebagaimana daripada awal penubuhan Surau Al-Mukhlisin ( sebelum ini dikenali Surau Taman Puncak Perdana ).

AZAM PENGERUSI BARU

Pada Mesyuarat Agung Surau Al-Mukhlisin yang diadakan baru-baru ini, ahli mesyuarat sebulat suara memilih En. Munir Bin Noh memegang jawatan Pengerusi bagi tahun 2011-2012.

Pada mesyuarat AJK pada malam tadi ( 9 Julai 2011 ), En Munir amat berharap semua AJK meneruskan lagi usaha-usaha mengurus dan mengimarahkan rumah Allah s.w.t ini. Beliau menekankan tugasan ini sebahagian usaha-usaha dakwah dan setiap apa dilakukan dengan ikhlas hati akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.

En. Munir juga mahukan surau ini dapat mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat ahli kariah Taman Puncak Perdana ini datang menunaikan solat lima waktu dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau.

IMARAHKANLAH SURAU KITA

Siapa lagi kalau bukan kita?

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk datang ke rumah Allah ini?

Siapa lagi yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah ini?

Surau Al-Mukhlisin Taman Puncak Perdana.

Pasti ramai akan bangun membantah...bangkit menentang...bangkit dan rela berkorban apa sahaja.

Kenapa?

Apabila ada satu pihak mahu merobohkan sesebuah surau?

Bayangkan jika Surau Al-Mukhlisin di Taman Puncak Perdana ini mahu dirobohkan. Dan kita tiada lagi surau berdekatan dengan kediaman kita.

Susahnya kita mahu tunaikan solat berjemaah.

Susahnya kita mahu tunaikan solat Tarawih.

Tapi....

Di manakah kita?

Sewaktu azan bergema yang dialunkan oleh bilal melalui corong pembesar suara.

Hanya sebaris saf...Tinggal imam dan seorang makmum sahaja...atau hanya imam bersendirian sahaja.

Jika dihitung dengan jumlah penduduk Taman Puncak Perdana, maka surau kita tidak mampu menampung...memang akan melimpah keluar hingga ke kaki lima.

Namun...

Kita tidak bayangkan itu semua...cukup sebahagian besar penduduk Islam Taman Puncak Perdana bergerak bersama dalam satu hati untuk sama-sama hadir dan mengimarahkan surau yang kecil ini. Biar nampak kecil di mata, tetapi besar dalam pandangan Allah kerana ahli kariah begitu ramai menunaikan solat berjemaah.

Insya-Allah!

0 comments: